Menjadi seorang pencium yang baik
membolehkan anda untuk alami hubungan seks yang sangat hebat. Bagi wanita,
ciuman yang hebat dari seorang lelaki sudah boleh merangsang dia untuk datang
inzal. Jadi, jika anda boleh memberi ciuman yang hebat, isteri anda pasti akan
lebih sayang pada diri anda.
Rahsia pertama
Ciuman adalah pertukaran emosi dan satu
bentuk komunikasi antara anda dan pasangan anda. Apabila anda ingin mencium
isteri anda, anda lakukannya dengan fikiran yang penuh dengan rasa sayang
terhadapnya. Isteri anda akan lebih terangsang jika anda selalu mengacah – acah
untuk mencium si dia iaitu anda seolah – olah ingin menyerang dia dengan
senyuman tetapi anda hanya letakkan bibir sahaja. Dia akan rasa terangsang
kerana dia bayangkan anda akan mencium dia sepenuh hati tetapi tidak. Daya
imaginasi memang boleh merangsang seseorang.
Rahsia kedua
Rahsia kedua untuk hasilkan ciuman yang
bagus adalah meniru cara isteri anda mencium anda. Cium mulutnya dan kesan
bagaimana dia mencium anda. Biarkan dia mengawal aktiviti bercium. Selepas
beberapa ketika, anda cium dia dengan lebih agresif dan cuba untuk ambil alih
mengawal aktiviti bercium. Apabila anda berbuat demikian, dia akan rasa
tindakan agresif yang anda lakukan dan akan cuba mengekalkan kawalannya.
Akhirnya anda bedua akan bercium dalam keadaan yang penuh nikmat.