Jika isteri anda menolak untuk adakan
hubungan seks, pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran dia. Anda perlu segera ambil tahu dan selesaikan
masalah ini dengan segera jika anda mahu hubungan anda berdua berkekalan. Anda
boleh gunakan maklumat yang bakal saya
beri di dalam artikel ini untuk kenal pasti masalah isteri anda. Dari punca
masalah, anda boleh pujuk isteri anda untuk atasinya. Berikut adalah empat
sebab yang mungkin mempengaruhi isteri anda untuk menolak hubungan seksual.
Sebab pertama : Takut.
Psikologi sentiasa memainkan peranan yang
penting pada wanita. Jika mereka takut,
mereka tidak akan lakukannya. Ada wanita takut kalau – kalau hubungan seks
adalah sangat menyakitkan. Ada juga yang takut untuk mempunyai anak dan mereka
rasa mereka tidak bersedia untuk rasa kesakitan melahirkan anak. Perasaan takut
ini membuatkan mereka menolak ajakan anda untuk berhubungan seksual.
Sebab kedua : Pandangan yang negatif.
Ada wanita yang tidak suka berhubungan
dengan pasangannya kerana mereka jijik dengan aktiviti seks. Mereka malu
melihat kemaluan pasangan dan tidak mahu kemaluan mereka di sentuh oleh lelaki.
Perasaan negatif ini akan mempengaruhi mereka untuk menolak perlawaan seks dari
si suami.
Sebab ketiga : Faktor biologi.
Apabila isteri anda baru melahirkan anak
atau sedang mengandung atau memasuki umur pra monopos atau sakit, rembesan
hormon adalah berbeza dari kadar normal. Jadi, mereka tidak ada mood untuk
adakan hubungan seks.
Sebab keempat : Masalah luar.
Isteri anda menolak ajakan seks dari anda
mungkin di sebabkan dia takde mood. Mungkin dia ada pergaduhan di tempat kerja
atau tertekan dengan masalah hidupnya. Wanita suka berfikir dan jika fikiran
mereka serabut, mereka pasti tidak ada mood untuk adakan hubungan seks.
Keempat – empat sebab di atas adalah
penyebab utama kenapa isteri anda menolak ajakan seks anda. Anda atasilah
masalah yang timbul menggunakan kebijaksanaan anda.


