Empat Tip Untuk Suami Jalani Hubungan Seks Yang Baik.


Tip pertama ; Mulakan hubungan seks dengan perasaan cinta.

Ramai suami hanya mementingkan nafsu mereka sahaja ketika mengadakan hubungan seks. Mereka lupa bahawa seks adalah hubungan pembuktian cinta antara suami dan isteri. Terapkan perasaan kasih dan sayang terhadap isteri anda ketika mengadakan hubungan seks. Berikan dia ciuman yang penuh dengan rasa cinta dan layan isteri anda sebagai permaisuri idaman anda.

Tip kedua : Jangan abaikan proses foreplay.

Sentiasa rangsang nafsu isteri melalui permainan foreplay. Apabila isteri anda sudah cukup terangsang, barulah anda bersetubuh.

Tip ketiga : Fokus pada kepuasan isteri anda.

Ketika melakukan hubungan seks, anda perlu fokus pada kepuasan isteri anda. Anda lihat matanya, mukanya dan refleksinya. Pastikan dia benar – benar puas dengan rangsangan yang anda beri. Anda jangan risau mengenai diri anda kerana jika anda berjaya puaskan isteri anda, secara automatik anda juga akan menerima kepuasan yang sama. Emosi seksual dan kasih sayang yang terbentuk ketika anda lakukan seks adalah kepuasan mutlak.

Tip keempat ; Tamatkan hubungan seks dengan orgasm.

Selepas anda yakin anda telah puaskan isteri anda, anda fokus untuk dapatkan nikmat bagi diri anda pula. Sentiasa tamatkan hubungan seks dengan orgasm kerana jika tidak anda akan rasa tertekan kerana nafsu tidak berjaya di lepaskan.