Hubungan seks sebenarnya adalah aktiviti
yang sihat. Berikut adalah enam kelebihan bagi hubungan seks.
Kelebihan pertama : Bakar kalori.
Hubungan seks adalah aktiviti fizikal dan
ia akan bakar kalori anda. Kehidupan seks yang baik pasti akan menjadikan anda
seorang yang lebih bertenaga apabila menjalankan urusan seharian.
Kelebihan kedua ; Hubungan seks boleh
menyembuhkan sakit kepala.
Apabila anda datang inzal, anda akan
lepaskan segala tekanan atau perkara yang memeningkan fikiran anda. Malah,
hubungan seks juga membantu anda untuk berfikir dengan lebih waras.
Kelebihan ketiga ; Mengurangkan tekanan
darah.
Di sebabkan hubungan seks dapat
mengurangkan tekanan di fikiran, secara tidak langsung tekanan darah anda juga
akan kurang. Jadi, hubungan seks yang sihat boleh mengawal tekanan darah supaya
tidak jadi terlalu tinggi.
Kelebihan keempat ; Menguatkan sistem
pertahanan badan.
Aktiviti seksual boleh meninggikan aras
antibodi di dalam badan di mana ia boleh menghalang demam dan beberapa
jangkitan virus yang lain.
Kelebihan kelima ; Membantu anda untuk
tidur lebih lena pada malam hari.
Apabila permintaan seksual anda di penuhi,
badan anda akan lebih bersedia untuk tidur. Ini kerana fikiran anda lebih tenang
dan badan anda pula penat. Jadi, anda akan tidur lebih lena.
Kelebihan keenam ; Meningkatkan keyakinan
diri.
Hubungan seks yang di lakukan secara rela
dan gembira akan menghasilkan perasaan gembira dalam hati. Hati yang gembira
akan menerbitkan keyakinan di dalam hati.
Hubungan seks adalah nikmat dari Allah
taala. Ada banyak lagi kelebihan yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.
Jadi, demi Allah jagalah hubungan seks anda.