Lima Cara Mudah Untuk Kuatkan Stamina Seks Melalui Gaya Pemakanan.


Gaya pemakanan sentiasa akan beri kesan kepada kesihatan badan. Jika gaya pemakanan anda adalah tidak sihat, badan anda pasti akan rasa sakit – sakit dan tidak segar. Selain itu, gaya pemakanan juga memainkan peranan untuk menentukan stamina seks. Prestasi seks anda akan berkurangan jika perut anda menggunakan terlalu banyak tenaga untuk sistem penghadaman. Jadi, stamina seks boleh di tingkatkan dengan permudahkan perut anda untuk menghadam makanan supaya kurang tenaga yang di gunakan dan anda akan lebih bertenaga di ranjang nanti.

Berikut adalah lima cara mudah untuk kuatkan stamina seks melalui gaya pemakanan.

Pertama ; Makan dan minum dalam keadaan duduk.

Jika anda makan dan minum dalam keadaan duduk, anda akan lebih fokus untuk nikmati makanan tersebut. Dengan ini, makanan anda akan lebih mudah terhadam.

Kedua : Kunyah makanan sehingga luat.

Penghadaman bermula dari mulut. Jika anda kunyah sesuatu makanan sehingga jadi halus, perut anda akan lebih mudah untuk menghadamkannya.

Ketiga ; Makan pada waktu yang sama.

Apabila rutin memakan makanan adalah sama pada setiap hari iaitu makan pada waktu yang sama, perut anda akan lebih bersedia untuk menerima makanan dan sistem pendahaman lebih mudah untuk menghadam makanan kerana mereka sudah bersedia sebelum anda makan.

Keempat ;  Makan makanan yang sihat.

Makan makanan yang kurang sihat seperti makanan segera dan mee segera akan beri kesan kepada sistem penghadaman anda kerana partikel – partikel makanan ini sangat susah untuk di huraikan dan ia pasti akan gunakan tenaga yang banyak untuk penghadaman berlaku.

Kelima ; Makan makanan dalam jumlah yang sederhana.


Ambil jumlah makanan yang secukupnya sahaja iaitu tidak kurang dan tidak lebih untuk di makan. Makan makanan yang terlalu banyak pasti akan meletihkan sistem penghadaman anda.