Apabila berkata mengenai hubungan seks,
kebanyakan fakta yang terkeluar adalah salah berbanding yang benar. Ini kerana
fakta tersebut datang dari hasil kajian yang tidak menyeluruh. Berikut adalah
lima kebenaran mengenai hubungan seks.
Kebenaran pertama : Seks dan cinta adalah
dua unsur berlainan.
Cinta tidak cukup untuk jadikan hubungan
seks itu hebat. Hubungan seks yang hebat datang dari diri anda sendiri bukannya
perasaan cinta. Cinta hanya memainkan peranan merelakan diri di setubuh dalam
hubungan seks. Jadi, perasaan cinta tidak menjamin hubungan seks anda akan jadi
hebat.
Kebenaran kedua : Seks memerlukan daya
kreativiti.
Kehidupan seks sebagai suami isteri
memerlukan kreativiti untuk jadikan ia lebih hebat dan nikmat. Jika anda tiada
kreativiti, hubungan seks anda akan menjadi sangat bosan dan lama kelamaan anda
berdua akan hilang mood untuk bersetubuh.
Kebenaran ketiga : Hubungan emosi yang
rapat antara suami isteri tidak semestinya akan membuatkan anda berdua lebih
hebat di ranjang.
Walaupun anda berdua rapat dan memahami
antara satu sama lain, ia tidak semestinya akan jadikan hubungan seks anda
lebih nikmat dan hebat. Untuk peroleh hubungan seks yang hebat, anda perlu
pandai merangsang pasangan masing- masing.
Kebenaran keempat : Menjadi ibu bapa dan
pasangan anda perkara yang berbeza.
Ramai pasangan yang makin kurang aktiviti
seks mereka apabila mereka peroleh anak. Sebagai pasangan, hubungan seks perlu
untuk mengekalkan hubungan. Ibu bapa pula adalah satu tanggungjawab. Jadi, jika
anda menjadi ibu bapa yang baik, tidak semestinya ia menjamin kepuasan seks.
Kebenaran kelima : Hanya isteri yang tahu
apa yang boleh merangsang suami mereka.
Walaupun suami selalu memberi kepuasan
kepada isteri mereka di ranjang, mereka tidak boleh lari dari kenyataan yang
isterilah yang merangsang mereka untuk mengadakan hubungan seks yang hebat.
Bagi isteri, jika anda tahu bagaimana hendak merangsang suami anda, hubungan
anda berdua akan kekal selama – lamanya.