Untuk hangatkan lagi suasana di ranjang,
isteri perlu memainkan lima peranan berikut.
Peranan pertama ; Terlibat dengan foreplay.
Jangan hanya biarkan suami anda sahaja
hangatkan nafsu anda, anda juga perlu hangatkan nafsu suami anda. Ketika
foreplay, rangsang suami supaya dia tidak sabar – sabar untuk menyetubuhi anda.
Peranan kedua : Oral seks.
Mainkan zakar suami anda supaya zakarnya
cukup keras untuk bersetubuh dengan anda nanti. Zakar lelaki perlukan rangsangan
yang secukupnya untuk ia tegang dan keras sepenuhnya.
Peranan ketiga : Mengeluarkan suara.
Anda jangan senyap sahaja. Keluarkan suara
seperti erangan dan kata – kata lucah. Lepaskan segalanya. Jika anda mahu suami
anda bekerja lebih, katakana pada dia. Diam akan jadikan hubungan seks anda
hambar kerana kurang sumber rangsangan. Apabila melakukan hubungan seks,
rangsangan akan datang dari mata, telinga, dan sentuhan.
Peranan keempat : Membaca suasana.
Jika anda lihat suami anda letih, anda ambil
alih aktiviti persetubuhan. Jangan hanya biarkan suami anda berikan segalanya
sedangkan anda hanya duduk diam sahaja. Anda baca suasana dan isi tempat kosong
yang suami anda tidak lakukan.
Peranan kelima : Menikmati hubungan seks.
Jangan bersetubuh dalam keadaan marah
kerana ia pasti tidak akan beri anda kepuasan. Anda perlu nikmati hubungan seks
sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
Kelima – lima peranan ini penting untuk
menghidupkan suasana hubungan seks antara suami isteri.


