Lima Perkara Yang Akan Menghalang Mood Isteri Anda Untuk Datang Orgasm.


Ada lima perkara yang boleh merosakkan mood seks isteri anda. Perkara tersebut adalah

Kasar.

Isteri anda tidak suka apabila anda bertindak kasar kerana mereka melakukan seks atas nama cinta bukannya paksaan. Layan isteri anda dengan lembut kerana bersikap kasar akan membuatkan isteri anda takut dan mood seks hilang.

Gelojoh.

Jangan terlalu gelojoh ketika melakukan hubungan seks kerana ia akan menyebabkan isteri anda rimas dan mood seksnya akan hilang. Untuk pengetahuan anda, setiap wanita perlu ambil masa yang lebih lama untuk masuk ke mood seks dari lelaki. Layan isteri anda dengan tenang dan santai sahaja.

Seks dalam keadaan tertekan.

Seks dalam keadaan tertekan boleh menyebabkan anda tidak beri yang terbaik pada isteri anda. Akibatnya, isteri anda tidak rasa puas atas layanan yang tidak seberapa oleh anda.

Anda klimaks sebelum isteri anda.

Ejakulasi pramatang akan menyebabkan isteri anda tidak puas dan sudah pasti dia tidak akan datang orgasm. Anda juga sangat susah untuk kembali datang mood selepas alami orgasm.

Anda tidak tahu apa yang anda perlu lakukan untuk merangsang isteri anda.


Anda perlu tahu bagaimana hendak merangsang isteri anda, barulah dia lebih bernafsu untuk klimaks. Jika tidak, anda hanya lakukan seks secara syok sendiri sahaja.