Berikut adalah lima tip yang boleh anda
amalkan untuk jadikan kehidupan seks anda lebih baik dari sebelumnya.
Tip pertama : Emosi dalam mood seks.
Apabila emosi anda dan pasangan berada
dalam keadaan inginkan seks, hubungan seks anda berdua pasti lebih nikmat dan
hebat. Rangsang emosi pasangan anda dengan berusaha untuk bermain cinta dengan
dia. Seperti yang anda tahu, seks adalah kemuncak kepada perasaan cinta antara
dua insan. Jika anda lakukan seks beserta dengan rasa cinta, pasti hubungan
tersebut memberi kepuasan luar biasa kepada anda.
Tip kedua : Mulakan tarikan seksual dari
luar bilik.
Goda pasangan anda dari luar bilik lagi.
Perbuatan ini akan menerbitkan perasaan geram seksual antara satu sama lain dan
seterusnya akan memberi anda pengalaman yang luar biasa ketika bersetubuh.
Tip ketiga : Anggap pasangan anda seksi dan
jaga penampilan diri.
Siasat apa yang pasangan anda suka mengenai
anda. Jika pasangan anda suka melihat anda pakai baju tertentu, anda pakailah
baju tersebut untuk menggodanya. Jika pasangan anda sukakan badan anda yang
tegap, jaga penampilan supaya pasangan anda sentiasa tertarik pada anda.
Apabila wujud perasaan menganggap pasangan adalah seksi, hubungan seks pasti
akan jadi lebih ganas dan menarik.
Tip keempat : Jangan gopoh.
Jangan gopoh dan rosakkan hubungan seks
yang sepatutnya di lakukan secara perlahan – lahan dan penuh dengan kasih
sayang. Lakukannya secara tenang dan santai.
Tip kelima : Klimaks bukan target utama.
Seks adalah satu perjalanan kasih sayang.
Anda jangan setkan dalam minda bahawa anda inginkan klimaks dengan cepat.
Sebaliknya anda nikmat perjalanan kasih sayang ini dengan lakukannya secara
berseronok dan penuh kasih sayang.


