Jika anda mahu tingkatkan rasa sayang suami
terhadap diri anda, anda perlu pandai menggoda dia. Isteri penggoda yang baik
adalah sentiasa berjaya menarik perhatian suami secara seksual sehinggakan suami
tidak memandang orang lain melainkan isterinya sahaja.
Berikut adalah tiga cara untuk menggoda
suami
Cara pertama : Sentiasa berikan sebab untuk
suami terpikat secara seksual dengan anda.
Jika ada masa terluang atau kesempatan,
anda peluk dan cium suami anda. Layani dia dengan penuh kasih sayang. Walau
setinggi mana ego suami anda, apabila anda layan dia dengan baik, dia pasti
cair dengan anda. Tambahan lagi, anda sentiasa berikan dia kasih sayang seperti
ciuman, sentuhan dan pelukan. Apabila anda selalu melayan suami anda dengan
kasih sayang, dia akan sentiasa ingat pada anda dan sentiasa ingin meniduri
anda.
Cara kedua : Jadi apa yang suami anda
inginkan.
Suami anda pasti ada sebab kenapa dia suka
dan tergoda pada diri anda. Anda siasat sendiri atau anda tanyalah dia secara
terus. Melalui maklumat yang anda peroleh ini, anda tajamkan lagi aset yang
anda ada atau anda kembangkan fantasi suami anda. Ada suami yang tergoda
apabila melihat bulu di tangan isterinya. Jadi, isteri tersebut perlulah sentiasa
memakai pakaian lengan pendek di rumah supaya suami anda sentiasa tergoda pada
dirinya.
Cara ketiga : Rajinkan diri.
Suami selalu tidak tergoda pada isteri yang
malas. Apabila dia lihat isterinya rajin, dia akan lebih terpikat kerana dia
rasa bertanggungjawab untuk melindungi asetnya yang paling bernilai dalam
hidupnya. Suami akan lebih terangsang pada seorang isteri yang rajin
berbanding jika sikap isterinya pemalas.