Jika anda selalu alami ejakulasi pramatang
ketika melakukan hubungan seks, anda jangan bersedih atau risau kerana ada
jalan penyelesaian untuk anda. Ejakulasi pramatang terjadi bukanlah kerana
anda tidak ada tenaga batin yang tinggi. Ia terjadi kerana anda kurang ilmu
untuk atasinya. Berikut saya tunjukkan anda tiga cara untuk hentikan situasi
ejakulasi pramatang yang menganggu anda
Cara pertama ; Kawal nafsu yang membuak –
buak.
Anda alami ejakulasi pramatang kerana anda
terlalu fokus untuk keluarkan air mani anda berbanding menikmat hubungan seks.
Jadi, apabila anda adakan hubungan seks dengan isteri, anda fokus untuk puaskan
pasangan anda. Melalui ini, anda boleh alihkan perhatian minda anda untuk alami
orgasm sahaja.
Apabila nafsu anda tidak lagi terkawal dan
isteri anda pula belum datang inzalnya, anda tarik zakar anda dahulu dan tahan
ia dari mengeluarkan air mani. Sambil itu, anda teruskan rangasangan terhadap
isteri anda. Apabila anda sudah boleh kawal, anda masukkan kembali zakar dan
teruskan dayungan.
Cara kedua : Tenang dan relaks.
Jangan terlalu gelojoh dan gelabah ketika
melakukan hubungan seks. Tenangkan diri dan nikmati hubungan seks yang anda
sedang jalani itu dengan sebaik – baiknya. Terapkan perasaan cinta dan sayang
pada isteri anda pada setiap sentuhan
dan ciuman yang anda lakukan. Apabila anda tenang, anda pasti tidak akan alami
ejakulasi pramatang.
Cara ketiga : Mengaku kelemahan diri.
Anda perlu akui anda ada masalah untuk
kawal ejakulasi. Dari pengakuan ini, minda anda akan lebih terbuka untuk
menerima ilmu dari luar. Jadi, anda boleh belajar elakkan ejakulasi pramatang
dengan lebih santai dan tenang.