Untuk pengetahuan anda, wanita akan
melakukan hubungan seks apabila perasaan mereka ingin melakukannya. Berbeza
dengan lelaki, mereka lakukan hubungan seks sebab dorongan nafsu. Kadangkala
isteri anda tidak mahu adakan hubungan seks atau prestasi mereka tidak
memuaskan ketika berhubungan kerana mereka tiada mood untuk lakukannya.
Untuk merangsang isteri anda untuk
melakukan hubungan seks, anda perlu masukkan perasaan mereka ke dalam zon
terangsang. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda cuba
Tip pertama : Jangan lakukan perkara yang
sama sahaja.
Jangan rangsang isteri anda menggunakan
teknik yang sama sahaja. Anda perlu variasikan teknik dan cara anda untuk
meminta hubungan seks dari isteri anda. Tunjukkan pada dia bahawa anda hargai
dia sebagai pasangan anda. Anda boleh goda dia melalui sms ketika di tempat
kerja atau anda boleh mandi bersama dan lain – lain cara. Fikirkan satu cara
godaan yang boleh membuatkan isteri anda rasa sayang pada anda. Apabila dia
rasa sayang, dia pasti akan layan anda dengan baik.
Tip kedua : Suasana persekitaran.
Ketika isteri anda sedang marah, dia pasti
tidak mahu adakan hubungan seks dengan anda. Begitu juga jika suasana tertekan
menyelubungi keluarga anda. Anda perlu kawal suasana dan berikan dia perasaan
selesa. Apabila isteri anda selesa dengan keadaan dia, dia akan lebih cepat
terangsang. Perempuan lebih banyak berfikir dari lelaki.
Tip ketiga : Perbualan mesra.
Ketika isteri anda sedang basuh pinggan di
dapur, peluk dia dari belakang dan katakan pada dia bahawa anda inginkan dia
pada malam nanti. Perbualan mesra yang penuh dengan kasih sayang pasti akan
merangsang isteri anda.
Cubalah ketiga – tiga tip di atas. Anda
tidak perlu risau lagi jika permintaan anda di tolak kerana anda tahu bagaimana
hendak memperolehnya.


