Tip Untuk Kekalkan Hubungan Seks Yang Hebat.


Selepas anda berjaya hasilkan hubungan seks yang hebat, anda perlu ada ramuan untuk kekalkannya. Berikut adalah beberapa tip untuk jadikan hubungan seks anda lebih hebat pada masa akan datang.

Tip pertama : Sentiasa mencuba perkara baru.

Jangan hanya ulang proses yang sama sahaja ketika lakukan hubungan seks kerana ia pasti akan membosankan anda. Cuba kaedah baru dari semasa ke semasa supaya hubungan seks anda sentiasa mencetus sensasi yang hebat.

Tip kedua ; Selongkar badan pasangan anda.

Sentiasa kaji badan pasangan anda supaya anda jumpa titik rangsangan terbaru untuk di gunakan ketika merangsang pasangan anda nanti.

Tip ketiga ; Lihat dan dengar.

Anda perlu peka dengan rangsangan yang terjadi pada diri anda dan pasangan anda. Jika anda rasa perbuatan pasangan anda merangsang anda, anda beritahu dia supaya dia tahu. Jika anda melihat pasangan anda terangsang dengan perbuatan anda, anda tahu bahawa perbuatan anda telah memberi rangsangan yang sihat pada pasangan anda.

Tip keempat : Sentiasa cantikkan diri.


Bagi wanita, anda cantikkan bentuk badan anda dan diri anda sendiri. Bagi lelaki pula,seksikan tubuh badan supaya nampak lebih maskulin di samping menjaga muka supaya sentiasa bersih. Kecantikan dan keseksian tubuh badan akan sentiasa merangsang nafsu masing – masing.