Tidak susah untuk tingkatkan stamina anda
di ranjang. Anda hanya perlu mengubah beberapa perkara sahaja. Berikut adalah
tip untuk kuatkan stamina di ranjang.
Tip pertama : Berhenti rasa bersalah.
Jika stamina anda lemah, anda jangan rasa
bersalah dan lemah. Sebaliknya kuatkan diri untuk belajar bagaimana kuatkan
stamina. Jika anda rasa bersalah, sampai bila – bila pun anda akan berada di
tahap yang sama sahaja.
Tip kedua ; Fokus pada keseronokan dan kepuasan
isteri anda.
Ketika melakukan hubungan seks, anda
alihkan fokus pada orgasm anda kepada kepuasan isteri anda. Peralihan fokus ini
pasti akan membantu anda untuk tahan lebih lama di ranjang.
Tip ketiga ; Bersenam
Sentiasa bersenam kerana senaman boleh
meningkatkan keupayaan fizikal anda dan membuang fikiran negatif dari
pemikiran. Badan dan minda yang sihat akan membantu anda untuk tahan lebih lama
di ranjang.
Tip keempat : Bertenang dan kawal
pernafasan.
Kawal pernafasan anda supaya sentiasa tenang.
Nafas yang tenang akan memberi anda tenaga tambahan ketika melakukan hubungan
seks. Pelari marathon terhebat adalah pelari yang berupaya mengawal pernafasan
supaya tenang ketika berlari.
Tip kelima ; Tidur secukupnya.
Tidur cukup tidak semestinya perlu ambil
masa sehingga lapan jam sehari. Cukup sahaja tidur sehingga hilang mengantuk
sudah memandai. Tidur yang cukup akan kurangkan tekanan di minda, seterusnya
anda akan tahan lebih lama di ranjang.
Kelima – lima tip di atas jika anda
amalkan, anda pasti akan nampak kesannya dengan segera.


