Perkara pertama ; Pakaian yang seksi.
Di rumah, anda janganlah pakai pakaian yang
hodoh – hodoh. Pakailah pakaian yang seksi dan boleh membuatkan mata suami anda
terangsang dengan anda. Jika ada anak dan malu, anda boleh pikat suami
menerusi pakaian tidur yang seksi.
Perkara kedua : Yakin secara seksual.
Ketika anda sedang berdua dengan suami
anda, lentikkan badan anda dan goda dia. Suami anda akan lebih terangsang jika
anda yakin dengan daya seksual anda. Senyuman dan pose yang seksi boleh memberi
rangsangan kepada suami anda.
Perkara ketiga : Berjalan dengan yakin.
Ketika anda berjalan, anda jalanlah dengan
penuh keyakinan. Kebanyakan lelaki akan terangsang apabila dia melihat seorang
wanita berjalan dengan penuh yakin.
Perkara keempat : Pandai bermain mata
dengan suami.
Dari mata turun ke hati bukanlah ungkapan
omongan kosong tetapi ia adalah kebenaran. Sentiasa bermain mata dengan suami
anda kerana setiap kali anda memandang dia dengan kasih sayang, dia akan lebih
terangsang dengan anda.
Perkara kelima : Sentiasa sentuh suami
anda.
Apabila anda duduk bersahaja berdua,
sentiasalah menyentuh suami anda. Sentuhlah dia dengan penuh kasih sayang.
Sentiasa pegang tangannya dan raba dia di mana anda sahaja anda berada. Setiap
kali anda ada kesempatan, anda sentuhlah dia. Sentuhan pasti akan merapatkan
hubungan anda berdua.
Perkara keenam : Pakai perfume yang boleh
menggoda.
Belilah perfume yang boleh menggoda nafsu
suami anda ketika dia bau.
Perkara ketujuh : Sentiasa bertanya khabar
dan bercakap dengan suami anda.
Suami akan lebih terangsang pada isteri
yang selalu mengambil berat akan hal dirinya. Ia terjadi kerana perasaan cinta.