Tujuh Tip Seks Untuk Suami
- Fokus pada perbuatan untuk memuaskan isteri anda berbanding diri anda sendiri. Perbuatan ini secara tidak langsung akan memuaskan diri anda juga pada akhirnya.
- Gunakan tangan untuk meraba – raba badan isteri anda. Kulit isteri anda sensitif pada haba yang tangan anda keluarkan. Anda sentuh dan biarkan ia kekal lama sedikit di bahagian tertentu, kemudian anda gerakkan pada bahagian lain pula. Isteri anda suka jika anda meraba – raba seluruh badan dia kerana organ rangsangan wanita adalah seluruh badan wanta itu sendiri.
- Cari titik sensitif isteri anda. Ia boleh jadi belakang telinga, ketiak, peha bahagian dalam, tumit kaki dan bahagian – bahagian badan yang lain. Titik sensitif adalah bahagian badan yang apabila anda sentuh atau rangsang, ia akan menerbitkan perasaan sensasi secara seksual pada isteri anda. Anda boleh rangsang bahagian sensitif ini ketika anda bermain foreplay atau sedang berdayung.
- Lakukan dua hingga tiga rangsangan serentak. Apabila anda merangsang payudara isteri anda, anda rangsang juga bahagian lain seperti mencium atau meraba – raba bahagian badan yang lain. Rangsangan yang kerap dan konsisten pasti akan memuaskan isteri anda.
- Berikan dia orgasm sebelum anda memulakan persetubuhan. Adakalanya wanita sangat susah untuk datang inzal apabila bersetubuh. Jadi, anda berikan dia orgasm ketika foreplay untuk memuaskan perasaan seksual dia.
- Apabila anda bersetubuh, anda variasikan arah tusukan zakar dan kelajuan anda berdayung. Variasi ini pasti akan memberi kepuasan kepada isteri anda.
- Sentiasa berani gunakan teknik baru untuk melakukan hubungan seks. Kadangkala apabila anda cuba perkara baru, isteri anda pasti akan lebih seronok untuk adakan hubungan seks dengan anda. Anda juga akan rasa lebih sensasi.