Bagaimana Hendak Mengekalkan Perasaan Berahi Antara Suami Dan Isteri?


Berikut adalah beberapa tip untuk mengekalkan perasaan berahi antara suami dan isteri.

Tip pertama : Jangan fikir anda tahu semuanya mengenai pasangan anda.

Anda tidak boleh lakukan perkara yang sama sahaja untuk merangsang pasangan anda. Anda perlu berani mencuba kaedah baru dan pelbagaikan teknik ketika bersetubuh. Anda jangan ingat anda sudah tahu semuanya mengenai pasangan anda kerana setiap orang akan berkembang minat seks mereka.

Tip kedua : Berkongsi fantasi seks.

Sentiasa bertukar pendapat dan berkongsi fantasi seks dengan pasangan anda. Anda juga boleh kejutkan pasangan anda dengan idea fantasi anda yang tersendiri. Realitikan fantasi akan mencetuskan perasaan berahi antara anda berdua.

Tip ketiga : Bersetubuh dengan seronok.

Jangan lakukan seks dalam keadaan tertekan. Sebaliknya sentiasa berseronok ketika bersetubuh. Jadikan aktiviti bersetubuh sebagai acara kemuncak kepada percintaan anda berdua.

Tip keempat : Menggoda pasangan secara berterusan.

Apabila anda melihat pasangan anda, katakan sesuatu untuk menggodanya. Perkahwinan adalah hubungan percintaan sepanjang hayat. Jika anda tidak berkomunikasi atau berhenti menggoda, perasaan cinta akan hilang dari pasangan anda. Seterusnya dia juga tiada mood untuk bersetubuh dengan anda.

Tip kelima : Kekalkan penampilan yang menarik.


Kadangkala ada isteri yang berahi apabila melihat pasangannya berjambang atau botak. Kadangkala si suami akan cepat terangsang apabila si isteri mengenakan kebaya. Sentiasa jaga penampilan diri untuk kepuasan pasangan masing – masing.