Jika hilang tarikan seksual antara suami
isteri, hilanglah seri rumah tangga kerana tiada lagi tarikan antara satu sama
lain. Untuk elakkan perkara ini dari berlaku, anda boleh amalkan enam cara
berikut untuk kekalkan tarikan seksual antara satu sama lain.
Cara pertama : Bersenam.
Apabila anda selalu bersenam, badan anda
akan jadi lebih sihat dan minda anda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda
untuk seks sentiasa ada kerana anda sentiasa dahagakan sensasi dari hubungan
seks. Ini kerana akibat dari bersenam, prestasi anda di ranjang juga hebat dan
anda akan ketagih padanya.
Cara kedua : Sentiasa fokus untuk puaskan
pasangan anda.
Semasa bersetubuh, anda fokus untuk puaskan
pasangan anda atas dasar cinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan
tarikan seksual sentiasa ada.
Cara ketiga : Jaga penampilan diri supaya
sentiasa tampil seksi pada pasangan anda.
Ketika di rumah, anda pakailah pakaian yang
boleh merangsang pasangan anda. Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan
supaya pasangan anda sentiasa suka dengan anda. Biasanya pandangan mata akan
turun ke hati dan akhirnya persaan ingin berseksual itu sentiasa ada pada
pasangan masing – masing.
Cara keempat : Jangan anggap diri tua.
Sentiasa anggap diri anda muda untuk
melakukan hubungan seks. Ada di kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual
antara satu sama lain kerana mereka rasa mereka sudah tua untuk melakukan
hubungan seks. Seks tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila –
bila masa anda suka.