Berikut adalah empat fasa yang bakal
terjadi kepada diri anda ketika melakukan hubungan seks.
Fasa pertama : Keinginan melakukan seks.
Ketika fasa ini, hati anda hanya teringin
untuk lakukan hubungan seks. Ketika ini juga, kadar hormon seksual di dalam
badan kian meningkat dan anda akan mula terangsang untuk melakukan seks dengan
pasangan anda.
Fasa kedua : Fasa teruja.
Selepas anda rasa ingin lakukan seks, anda
akan masuk ke fasa teruja iatu fasa permulaan hubungan seks berlaku. Salur
darah di kemaluan mula di isi dengan darah dan bagi lelaki zakarnya akan
menegang dan bagi perempuan, vaginanya mulai basah. Apabila anda sudah cukup
teruja untuk lakukan hubungan seks, badan anda akan bersedia untuk lakukannya.
Fasa ketiga : Fasa orgasm.
Fasa orgasm adalah fasa persetubuhan
berlaku di mana anda dan pasangan anda akan berusaha untuk alami orgasm. Ketika
ini, anda berdua akan tenggelam dalam lautan nafsu anda sendiri dan masing –
masing akan cari kepuasan masing – masing. Pernafasan dan aliran darah semakin
laju kerana tenaga banyak di gunakan ketika ini.
Fasa keempat : Fasa resolusi
Pada fasa terakhir ini iaitu selepas alami
orgasm, badan anda akan mula kembali
normal. Zakar akan mula mengecut dan pernafasan akan kembali pada kelajuan yang
normal.
Pengetahuan mengenai keempat – empat fasa
ini boleh membantu anda untuk melakukan hubungan seks dengan lebih nikmat. Ini
kerana anda tahu anda sedang berada di fasa yang mana. Jika isteri sudah alami
orgasm, anda mungkin perlu bangkitkan nafsu dia kembali dengan memasukkan dia
kembali ke fasa kedua.