Empat Kesilapan Yang Perlu Seorang Suami Elakkan Ketika Melakukan Hubungan Seks.


Berikut adalah kesilapan yang perlu anda elakkan ketika melakukan hubungan seks.

Kesilapan pertama ; Berhenti terlalu lama.

Jangan berhenti ketika melakukan hubungan seks. Walaupun anda ingin kawal ejakulasi anda, anda perlu teruskan hubungan seks melalui rabaan dan ciuman. Jika anda berhenti terlalu lama, pasangan anda mungkin sudah hilang mood untuk teruskan hubungan seks tersebut.

Kesilapan kedua ; Permainan foreplay yang terlalu sekejap.

Isteri anda biasanya memerlukan masa untuk panas secara seksual. Jika permainan foreplay anda terlalu sekejap, isteri anda mungkin tidak bersedia untuk bersetubuh lagi. Akibatnya, dia tidak akan puas dalam hubungan tersebut.

Kesilapan ketiga ; Tidak tahu titik rangsangan isteri anda.

Untuk memberi kepuasan kepada isteri anda, anda perlu kenal seluruh badan isteri anda termasuklah bahagian – bahagian yang sensitif pada rangsangan seks. Anda boleh meraba – raba seluruh badan dan jika anda lihat isteri anda terangsang, maka bahagian tersebut adalah sensitif dan anda boleh gunakan ia untuk merangsang isteri anda.

Kesilapan keempat ; Tidak mahu mencuba perkara baru.


Seperti perkara lain, anda perlu ada peningkatan dalam prestasi hubungan seks anda. Anda tidak boleh berada dalam prestasi lama tanpa ada kemajuan. Jika sebelum ini anda cepat pancut, anda perlu belajar bagaimana hendak tahan lama. Sentiasa evolusikan ilmu seks anda.