Jika anda mahu jadi seorang suami yang
berkebolehan memberi kepuasan kepada isteri di ranjang, anda perlu ada empat
kemahiran berikut.
Kemahiran pertama ; Anda boleh buat isteri
anda tersenyum dan ketawa.
Ketika di ranjang, anda perlu gembirakan
isteri anda dengan kasih sayang anda. Apabila isteri anda senyum dan gembira
ketika di ranjang, minda dia akan lebih tenang dan lebih mudah untuk dia
bernafsu ketika melakukan hubungan seks.
Kemahiran kedua : Permainan foreplay yang
menarik.
Dari keadaan tidak bernafsu, anda perlu
mapu untuk naikkan nafsu isteri menerusi permainan foreplay yang menarik.
Permainan foreplay yang menarik boleh beri isteri anda nikmat yang luar biasa
ketika persetubuhan berlaku.
Kemahiran ketiga : Tahu membaca situasi.
Ketika melakukan hubungan seks, anda perlu
tahu membaca situasi. Jika anda lihat isteri anda tidak selesa, hentikan
rangsangan. Jika anda lihat tindakan anda berjaya memberi rangsangan tanpa
henti pada pasangan anda, anda teruskan sahaja tindakan tersebut. Anda perlu
bijak membaca suasana perjalanan hubungan seks kerana kejutan sentiasa berlaku
setiap kali anda lakukan hubungna seks.
Kemahiran keempat : Bersikap seperti suami
sebenar.
Suami yang baik tahu semua perkara mengenai
isterinya. Jadi, anda perlu tahu apa yang merangsang isteri anda dan apa yang
tidak. Selain itu, anda perlu layan isteri anda di ranjang sebagai seorang
suaminya.
Apabila anda menguasai keempat – empat kemahiran
di atas, anda pasti akan senang untuk menawan isteri anda di ranjang.


