Hubungan seks yang hambar bukan di sebabkan
seorang sahaja. Si isteri jangan asyik meletakkan tanggungjawab kepada suami
semata – mata. Anda juga perlu berusaha dan lakukan sesuatu supaya hubungan
seks anda berdua mendatangkan nikmat yang sepatutnya. Berikut adalah tiga
kesilapan seorang isteri yang menyebabkan hubungan seks jadi hambar.
Kesilapan pertama : Anda tidak cukup aktif.
Jika anda hanya duduk diam dan tidak
memberi respon yang sepatutnya, suami anda pasti tiada semangat untuk beri
segalanya pada anda. Hubungan seks melibatkan dua individu dan jika anda mahu
dapat kepuasan, anda juga perlu berusaha. Berikan segalanya yang anda ada.
Keluarkan bunyi erangan untuk naikkan lagi nafsu suami terhadap anda. Anda aktifkan
diri dan libatkan diri anda ketika melakukan hubungan seks.
Kesilapan kedua : Anda tidak berusaha untuk
puaskan nafsu suami.
Anda jangan hanya pentingkan nafsu anda
sendiri sahaja, anda perlu fikirkan soal nafsu suami anda juga. Puaskan nafsu
suami anda dengan memberi dia rangsangan – rangsangan yang luar biasa. Jangan
takut untuk berikan dia blowjob dan sebagainya. Jika anda cinta suami anda,
anda pasti sanggup lakukan apa yang perlu untuk puaskan nafsunya.
Kesilapan ketiga : Anda tidak cukup seksi
di ranjang.
Kesilapan ketiga yang boleh menyebabkan
hubungan seks anda jadi hambar adalah anda tidak cukup seksi apabila berada di
ranjang. Anda perlu seksikan diri anda di ranjang, barulah suami anda akan rasa
lebih terangsang pada diri anda. Lentikkan badan anda dan berikan segala aset
yang anda ada untuk tatapan suami anda.
Jika anda ubah diri anda dan berikan yang
terbaik ketika melakukan hubungan seks, ia pasti akan beri nikmat yang
sepatutnya pada diri anda.


