Artikel ini akan ajar anda bagaimana hendak
menggoda suami anda naik nafsu terhadap anda dan seterusnya menyetubuhi anda.
Anda boleh tiru bulat – bulat atau gunakan kreativiti anda sendiri berpandukan
tip yang artikel ini beri. Berikut adalah empat langkah yang saya maksudkan.
Langkah pertama ; Mulakan godaan apabila
suami anda keluar untuk bekerja.
Selepas beberapa minit selepas suami anda
keluar bekerja, anda hantar sms padanya bahawa anda ingin dia cepat – cepat
balik supaya anda boleh beri dia hadiah istimewa. Berikan dia hint bahawa dia
akan dapat layani istimewa dari anda pada malam itu.
Langkah kedua : Selepas beberapa jam, goda
dia lagi.
Hantar sms beritahu dia bagaimana anda
hendak puaskan nafsu dia pada malam ini. Beritahu dia bagaimana tidak sabarnya
anda untuk menanti dia pulang.
Langkah ketiga : Hantar dia foto istimewa.
Tangkap gambar anda dalam pose yang seksi
dan hantar pada suami anda. Jika anda malu, anda boleh hantar foto baju seksi
yang bakal anda pakai pada malam ini. Sambil itu anda terus menggoda melalui
sms.
Langkah keempat : Bersedia untuk menyambut
suami anda pulang.
Apabila suami anda pulang, anda sambut dia
dengan mesra dan teruskan perangai gatal anda tersebut. Jika anda ada anak, ia
tidak mengapa. Anda layan suami anda seperti seorang raja dan apabila line
sudah clear, mulakan penjelajahan seks anda dengan segera.
Keempat – empat langkah di atas adalah satu
kronologi bagaimana hendak menggoda suami anda. Anda boleh gunakan teori di
atas untuk di sesuaikan dengan kehidupan anda sebenar dan seterusnya menggoda
suami anda.