Mood seksual adalah perasaan ingin lakukan
seks. Adakah anda mempunyai masalah untuk berada dalam mood seks? Jika ya,
masalah anda mungkin terletak pada makanan yang anda makan. Bagi menyelesaikan
masalah anda, berikut saya cadangkan tiga jenis makanan yang boleh anda cuba
untuk bantu anda memperoleh mood seksual anda semula.
Jenis pertama ; Makanan yang mempunyai
warna yang terang.
Makanan yang mempunyai warna yang terang
seperti apple, oren dan sayur – sayuran boleh membantu anda untuk tingkatkan
mood seksual anda. Makanan seperti ini ada berbagai nutrien dan ia boleh
merangsang rembesan hormon seks anda. Jadi, mood seks anda akan kembali pada
sedia kala jika anda amalkan pemakanan makanan yang mempunyai warna terang.
Jenis kedua ; Makanan yang kurang lemak.
Mengikut kajian, kalori adalah penyebab
utama kurangnya rembesan hormon testosterone. Jadi, kurangkan pengambilan
makanan berlemak dan makan makanan yang sihat sahaja.
Jenis ketiga ; Coklat.
Seperti yang semua tahu, coklat boleh
merangsang minda untuk rasa gembira. Apabila anda rasa gembira, keinginan untuk
adakan hubungan seks itu pasti akan datang. Jadi, sebelum anda adakan hubungan
seks, anda boleh makan coklat untuk berikan anda mood untuk bersetubuh nanti.
Namun, anda jangan pula makan coklat terlalu banyak kerana jika berlebihan, ia
tetap akan memudaratkan diri anda.