Tiga Kebaikan Seks Yang Baik Pada Hubungan Suami Isteri.


Hubungan seks yang baik memainkan peranan yang penting dalam  hubungan suami isteri. Antara kebakannya adalah

Kebaikan pertama : Anda berdua akan lebih percaya antara satu sama lain.

Kepuasan yang terhasil ketika melakukan hubungan seks membuatkan anda akan percaya pada pasangan anda dan pasangan anda juga akan percaya pada anda. Kepuasan yang anda beri pada pasangan anda akan menyebabkan anda rasa pasangan anda akan sayang pada anda. Situasi ini akan menyebabkan anda lebih percaya pada pasangan anda dan dia juga akan mempercayai anda.

Kebaikan kedua : Anda dan pasangan anda akan lebih selesa untuk berkomunikasi.

Hubungan seks yang kerap akan merobohkan penghalang yang menghalang anda berdua dari berkomunikasi dengan elok. Anda berdua juga akan lebih rapat dan sentiasa ingin berkomunikasi antara satu sama lain. Malah, anda berdua juga tidak malu untuk berkongsi rahsia. Ini kerana semua ego anda sudah hilang apabila melakukan hubungan seks.

Kebaikan ketiga : Anda berdua akan lebih saling memahami.

Apabila melakukan hubungan seks, anda berdua bekerjasama untuk memuaskan nafsu masing – masing. Melalui kerjasama yang terjalin secara kerap melalui hubungan seks, anda berdua tidak lokek untuk bekerjasama di dunia luar juga. Malah, anda boleh menerima kelemahan pasangan anda dan akan cuba mengisi ruang kelemahan pasangan anda dengan kekuatan anda.


Mengikut kajian, memang hubungan suami isteri akan lebih rapat jika pasangan tersebut kerap melakukan hubungan seks dan setiap hubungan seks berjaya memuaskan kedua – dua suami dan isteri.