Jika anda tidak mahu alami perasaan kecewa
atau bakal mengecewakan pasangan anda di ranjang, anda perlu mahir tiga
kemahiran ini.
Kemahiran pertama : Berupaya untuk tahan
lama ketika beraksi.
Hubungan seks adalah satu perjalanan
nikmat. Jika anda tidak berupaya untuk tahan lama di ranjang, nikmat yang anda
bakal peroleh adalah kurang. Lagipun, anda akan lebih gembira jika anda berjaya
memuaskan pasangan anda. Bagi lelaki, anda perlu belajar dan amalkan perkara
yang perlu untuk memiliki prestasi seks yang bagus manakala bagi perempuan,
anda perlu nasihatkan lelaki jika prestasi mereka tidak bagus. Lebih baik
berterus terang dari anda memendam rasa.
Kemahiran kedua ; Tahu bagaimana hendak
melakukan permainan foreplay.
Foreplay penting untuk memanaskan anda dari
segi emosi dan fizikal sebelum melakukan hubungan seks. Ada perempuan tidak
boleh hendak datang inzal ketika melakukan hubungan seks kerana tidak cukup
panas dari segi emosi di mana mereka tidak bersedia untuk melakukan hubungan
seks. Demi memperoleh nikmat yang luar biasa ketika melakukan hubungan seks,
anda perlu ada kemahiran ini.
Kemahiran ketiga : Posisi seks.
Kemahiran ketiga yang perlu anda ada adalah
tahu mengenai posisi seks. Anda perlu tahu posisi yang di gemari pasangan anda
dan bagaimana setiap posisi itu boleh merangsang pasangan anda. Anda boleh
belajar mengenai posisi ini melalui bacaan dan ketika adakan hubungan seks yang
sebenar.