Makanan memainkan peranan yang penting
dalam aspek kehidupan. Makanan akan hasilkan bahan kimia tertentu di dalam
badan dan bahan kima yang tidak elok jika berlebihan pasti boleh merosakkan
mood anda untuk mengadakan hubungan seks. Berikut adalah tiga jenis makanan
yang boleh merosakkan mood anda atau pasangan anda untuk melakukan hubungan
seks.
Makanan pertama : Alkohol.
Alkohol akan membuatkan anda khayal dan
tidak dapat berfikir secara waras. Bagi umat islam sudah tentu penggunaan
alcohol adalah tidak boleh sama ada di dalam makanan atau minuman. Bagi bukan
islam, saya nasihatkan anda untuk mengurangkan pengambilan alcohol kerana ia
memberi kesan kepada pemikiran dan ingatan. Penggunaan alkohol secara
berpanjangan juga boleh menjadikan anda seorang pemarah dan tertekan dan dua
perasaan ini pasti merosakkan hubungan suami isteri.
Makanan kedua : Daging berlemak.
Memang daging penting untuk sumber tenaga.
Namun, jika anda ambil ia secara berlebihan, ia akan memberi masalah pada anda.
Memakan daging terlalu banyak akan menyebabkan anda malas untuk bergerak,
fikiran tidak tenang dan anda akan jadi lebih agresif. Kurangkan pengambilan
daging kerana ia akan menyebabkan anda kurang mood untuk mengadakan hubungan
seks.
Makanan ketiga : Makanan segera.
Makanan segera banyak mengandungi bahan
kimia yang tidak elok bagi sistem reproduktif. Pengambilan yang terlalu kerap
akan melemahkan sperma dan anda boleh jadi mandul.
Ketiga – tiga jenis makanan di atas jika di
ambil terlalu banyak boleh merosakkan mood anda untuk adakan hubungan seks.
Untuk prestasi seks yang lebih hebat, elakkan dari memakan terlalu kerap jenis
makanan di atas.