Untuk mendapatkan permainan foreplay yang
lebih nikmat, anda perlu tahu apa yang bermain di fikiran isteri anda supaya
anda boleh puaskan dia. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tiga perkara
yang isteri anda mahu ketika permainan foreplay
Perkara pertama ; Lebih masa.
Isteri anda sebenarnya sangat dahagakan
kasih sayang dari anda. Permainan foreplay yang panjang membolehkan dia untuk
lebih menerima kasih sayang dari anda di samping mereka juga memberi kasih
sayang yang sama pada anda. Jadi, ketika permainan foreplay, anda lakukannya
secara perlahan – lahan dan di penuhi dengan rasa sayang. Jangan terlampau
gelojoh sehingga isteri anda tidak rasa apa – apa dari permainan foreplay anda.
Perkara kedua : Sensasi yang hebat.
Isteri anda mahu anda berikan segalanya
pada dia. Baginya, permainan foreplay itu sendiri adalah hubungan seks. Jadi,
anda perlu rangsang isteri anda sepenuhnya. Tidak perlu anda simpan kemahiran
yang anda ada, lepaskan semuanya. Biar isteri anda rasa puas. Apabila isteri
anda sudah bernafsu, dia akan lebih mudah menikmati persetubuhan yang bakal
anda lakukan dengannya nanti.
Perkara ketiga ; Mereka mahu cinta.
Bagi isteri anda, seks adalah berlandaskan
pada cinta. Jadi, ketika anda melayani isteri anda menerusi permainan foreplay,
anda berikan dia cinta. Rangsang seluruh badannya dan sentiasa ucapkan kata –
kata cinta padanya.


