Perkara pertama : Keselesaan ketika
bersama.
Bagi isteri yang baru hendak jalani malam
pertamanya dengan anda, dia akan rasa sangat gementar dan takut. Dia risau
mengenai hubungan yang bakal dia tempuh bersama – sama dengan anda. Oleh tu,
anda perlu adakan permainan foreplay yang bagus sebelum memulakan hubungan seks
sebenar. Ketika foreplay, anda boleh memikat dan menggoda isteri anda sehingga
dia rasa selesa dan ingin adakan hubungan seks dengan anda.
Sentiasa bersikap lembut terhadap isteri
apabila menyentuh dan mencium. Apabila anda berikan kasih sayang kepada dia,
dia akan selesa dan bersedia untuk bermadu asmara dengan anda.
Perkara kedua ; Kesihatan zakar yang baik.
Kesihatan zakar yang baik tidak bermaksud
iainya perlu besar tetapi ia perlu sihat dari segi ketegangan dan kebolehan ia
untuk beraksi nanti. Jika zakar anda tidak cukup tegang, isteri anda pasti
tidak akan rasa sensasi yang cukup apabila hubungan seks berlangsung. Zakar
yang berada dalam prestasi yang baik boleh memuaskan isteri walaupun ia bersaiz
kecil.
Perkara ketiga ; Stamina seksual yang baik.
Ianya bukan rahsia bahawa wanita akan
ambil masa yang sedikit lama dari lelaki untuk alami ejakulasi. Jika anda tidak
ada stamina yang baik, anda pasti akan tewas awal dan isteri anda pasti tidak
akan puas. Walaupun mengikut kajian, kepuasan isteri mengadakan hubungan seks
tidak bergantung kepada datang inzal atau tidak, stamina tetap penting supaya
hubungan seks anda lebih bertenaga.