Sekali sekala untuk menghangatkan lagi suasana blik tidur, anda boleh urut badan pasangan masing – masing bagi mengurangkan tekanan yang anda berdua peroleh dari dunia luar. Urutan juga boleh merangsang nafsu masing – masing di samping merapatkan hubungan anda berdua. Berikut adalah cara mengurut yang romantik.
- Perkara pertama yang perlu anda berdua lakukan adalah anda wujudkan atmosfera yang selesa dan tenang untuk anda berdua. Dalam bilik yang gelap, anda nyalakan lampu yang malap dan pasang lagu yang nyaman untuk di dengar anda berdua. Semburkan wangian yang wangi dan memberi perasaan tenang.
- Di sebabkan anda berdua suami isteri, tidak perlulah berpakaian. Urut sahaja badan pasangan masing – masing secara berbogel.
- Sekarang, suruh pasangan anda meniarap dan mulakan urutan dari kepalanya. Kemudian anda, gunakan minyak urut jika anda untuk mengurut bahagian belakang badannya. Dari bahu, anda urut sehingga ke kakinya.
- Urut secara perlahan tetapi cengkam dengan kuat supaya boleh melancarkan aliran darah di badan pasangan anda.
- Gunakan tangan dan sekali - sekala bergurau dengan pasangan anda dengan mencium dan rangsang bahagian sensitive dia.
- Sekarang, suruh pasangan anda tukar dari meniarap kepada baring secara biasa. Urut di samping merangsang pasangan anda.
- Suruh pasangan anda urut anda pula.
Aktiviti mengurut adalah permainan foreplay yang panjang tetapi sangat nikmat.