Tip Meningkatkan Daya Seksual Anda Dalam Masa Sekejap.


Anda jangan risau jika prestasi anda di ranjang tidak begitu memuaskan kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Seperti yang anda tahu daya seksual anda perlu ada ketahanan jika anda mahu hubungan seks anda dan pasangan menghasilkan nikmat yang sepatutnya kepada anda berdua. Untuk tahan lebih lama ketika berhubungan seks, anda perlu pandai menggunakan posisi yang sesuai ketika berhubungan.

Tukar posisi seks.

Semasa berhubungan seks, posisi seks memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan stamina anda. Jika anda berposisi pada sudut yang sukar dan membuatkan anda menggunakan banyak tenaga, anda pasti akan cepat letih jika anda tidak biasa. Akhirnya, anda akan tewas kerana anda ingin cepat sampai.

Cari posisi yang selesa untuk anda mendayung. Apabila anda sedang mendayung dan tiba – tiba anda ingin lunaskan keinginan anda untuk berinzal sedangkan pasangan anda belum puas, anda berhenti dan tukar posisi. Hubungan seks bukan hanya untuk anda seorang sahaja. Ia melibatkan dua orang dan jika pasangan anda tidak puas, pasangan anda pasti tidak selesa dengan anda nanti.

Anda jangan biarkan nafsu menguasi pemikiran anda. Nikmati hubungan seks secara perlahan – lahan. Jika anda letih, beri peluang kepada pasangan anda untuk mengawal aktiviti berdayung seperti dia naik ke atas badan anda dan sebagainya.


Apabila berhubungan, anda sentiasa setkan di dalam fikiran untuk menikmatinya dengan seboleh mungkin. Tukar posisi dan nikmati setiap posisi yang anda lakukan tanpa rasa tertekan. Jangan terlalu ingin cepat sampai dan kawal keinginan anda. Cubalah tip yang di beri, semoga anda mencapai nikmat yang anda mahu.