Ada suami sangat sukar untuk mengajak
isteri mereka mengadakan persetubuhan. Jika anda antara suami yang alami
masalah ini, anda jangan risau kerana ada jalan penyelesaiannya. Caranya adalah
menggoda isteri anda secara seksual. Manusia memang di lahirkan bernafsu dan
sudah pasti anda boleh menggoda isteri anda. Berikut ada tiga cara untuk anda
goda isteri anda.
Cara pertama : Tenangkan isteri anda.
Isteri anda perlu berada dalam keadaan tenang
untuk dia terangsang melakukan hubungan seks. Jika fikirannya rungsing atau
tidak tenang, nafsunya susah untuk bangkit. Anda tenangkan fikiran anda dengan
cuba menyelesaikan masalah dia. Lakukan kerja membersihkan rumah supaya dia
rasa kurangnya bebanan. Apabila fikirannya tenang, mood untuk lakukan seks
pasti akan datang pada isteri anda.
Cara kedua : Goda isteri anda melalui
sentuhan dan ciuman.
Apabila ada kesempatan, anda cium dan peluk
isteri anda. Apabila berjalan keluar, anda pegang tangan isteri anda. Apabila
anda selalu cium dan sentuh isteri anda, dia akan tertarik secara seksual
sepenuhnya pada anda.
Cara ketiga : Jadi suami yang baik
Tidak sussah untuk bersikap romantik. Anda
cuma perlu jadi suami sebenar iaitu melindungi isteri anda, membimbing isteri
anda, memberi segala keperluan dan bermacam – macam lagi tindakan yang
sepatutnya anda lakukan.