Ejakulasi pramatang sentiasa menghantui
lelaki yang pertama kali melakukan hubungan seks. Ini terjadi kerana mereka
terlalu bernafsu sehingga lupa untuk mengawalnya. Akhirnya mereka datang inzal
lebih awal dari pasangan wanita mereka. Jika anda tidak belajar untuk mengawal
situasi ini, ia pasti akan terbawa – bawa sepanjang hidup anda.
Ejakulasi pramatang akan memberi perasaan
kecewa kepada diri anda dan juga pada pasangan anda. Untuk elakkan ia dari
menghantui diri anda, berikut adalah beberapa cara untuk atasi ejakulasi
pramatang
Tip pertama : Perlahan – lahan.
Hubungan seks yang baik adalah hubungan
yang di lakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Jika anda gelojoh atau terlalu pantas, tiada perasaan
kasih sayang akan terhasil ketika hubungan seks di lakukan. Akibatnya, anda
akan cepat inzal kerana terlalu ingin cepat menghabiskan hubungan seks
tersebut.
Tip kedua : Tenang
Tidak perlu tergesa – gesa atau berperasaan
kelam kabut ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa – gesa anda pasti
akan datang inzal dengan cepat. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan
dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika
melakukan hubungan seks.
Tip ketiga : Kawal pernafasan.
Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya
bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika
melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal
pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan
supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda
pasti akan rasa tertekan dan akan alami ejakulasi pramatang.
Ketiga – tiga tip di atas pasti boleh
membantu anda untuk lebih menikmati hubungan seks tanpa mengalami ejakulasi
pramatang. Betulkan mindset anda bahawa seks untuk di nikmati.


